MESSAGE FROM THE PRESIDENT OF
PERKAMA INTERNATIONAL
Idea
untuk menjadikan Bulan Oktober sebagai Bulan Kaunseling mula dicetuskan oleh
Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai
PERKAMA International pada bulan March 2016 sempena Konvensyen Kaunseling
Kebangsaan Kali Ke-15. Dalam ucapan perasmian Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat YB Rohani Karim telah mengumumkan bahawa Bulan Oktober
sebagai Bulan Kaunseling setelah mendapat cadangan idea daripada Presiden
PERKAMA sewaktu beliau menyampaikan ucapan perasmian penutup Konvensyen
Kaunseling Kebangsaan 2016. Untuk itu pada tahun 2019 ini, PERKAMA
International telah memilih “ Kaunseling Untuk Kesejahteraan Masyarakat”
sebagai tema sambutan.
Sempena dengan sambutan Bulan
Kaunseling ini , saya bagi pihak PERKAMA International ingin mengajak semua
organisasi yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan kaunseling maupun
institusi pengajian tinggi yang menjalankan latihan pendidikan kaunseling
memikirkan aktiviti yang sejajar dengan tema sambutan iaitu “ Kaunseling Untuk
Kesejahteraan Masyarakat”. Sesungguhnya perkhidmatan kaunseling merupakan
sebuah perkhidmatan menolong yang sangat diperlukan dalam mensejahterakan
insan. PERKAMA International selaku badan profesional bidang kaunseling akan
sentiasa memainkan peranannya sebagai badan yang memperjuangkan perkembangan
kaunseling tanah air baik dari segi kualiti perkhidmatan maupun kebajikan
pengamal kaunseling, PERKAMA International juga akan sentiasa mempertahankan
maruah dan identiti bidang kaunseling. Antara advokasi yang telah berjaya
direalisasikan ialah penubuhan Majlis Kaunseling Kebangsaan dan Akta Kaunseling
580. Selain daripada itu, PERKAMA International pada tahun ini telah berjaya
menubuhkan Gabungan Persatuan Kaunseling Malaysia yang dinaungi oleh PERKAMA
International. Kepada pihak Kerajaan, PERKAMA International berharap akan
sentiasa merujuk kepada PERKAMA International berhubung dengan isu-isu kaunseling
maupun pengurusan kaunseling di tanah air. Saya bagi pihak Eksekutif PERKAMA
International sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kaunseling kepada
semua warga kaunseling di Malaysia.
Salam hormat
Dato Dr Abd Halim Mohd Hussin – Presiden PERKAMA International